Buruh binaan tertimbus tanah berjaya diselamatkan

Kerja-kerja menyelamatkan mangsa tertimbus. Foto ihsan bomba
Kerja-kerja menyelamatkan mangsa tertimbus. Foto ihsan bomba
A
A
A

DUNGUN - Seorang buruh binaan warga Indonesia yang tertimbus tanah ketika melakukan kerja-kerja menggali lubang di kumbahan tangki di sebuah kedai makan, di sini berjaya diselamatkan pada Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dungun, Sharizal Shamsudin berkata, sembilan anggota bomba dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 11.55 pagi.

Seorang buruh binaan warga Indonesia yang tertimbus tanah ketika melakukan kerja-kerja mengali lubang di kumbahan tangki di sebuah kedai makan berjaya diselamatkan. Foto ihsan bomba
Seorang buruh binaan warga Indonesia yang tertimbus tanah ketika melakukan kerja-kerja mengali lubang di kumbahan tangki di sebuah kedai makan berjaya diselamatkan. Foto ihsan bomba

"Kejadian itu berlaku semasa lelaki yang berusia 49 tahun tersebut sedang melakukan kerja-kerja menggali lubang sedalam dua meter. Mangsa kemudian telah tertimbus tanah di paras dada.

"Sebaik tiba di lokasi, anggota bertindak mengeluarkan mangsa dengan peralatan termasuk tali dan 'scop'. Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 1.30 petang tadi," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Khamis.

Beliau berkata, mangsa selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!