Stadium Sultan Ibrahim dibuka secara rasmi

Stadium Sultan Ibrahim dirasmikan dengan suasana penuh gilang-gemilang sebentar tadi. -Foto Johor Southern Tigers
Stadium Sultan Ibrahim dirasmikan dengan suasana penuh gilang-gemilang sebentar tadi. -Foto Johor Southern Tigers
A
A
A

GELANGGANG rasmi Johor Darul Ta'zim (JDT) - Stadium Sultan Ibrahim yang terletak di Iskandar Puteri, Johor dirasmikan dengan suasana penuh gilang-gemilang sebentar tadi.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan merasmikan stadium baharu JDT bernilai RM200 juta itu yang mampu memuatkan 40,000 penonton.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sudah pasti menjadi individu paling gembira dengan perasmian Stadium Sultan Ibrahim itu, sekali gus menjadi sejarah baharu buat JDT yang telah ditransformasi pada 2013.

"Pembukaan Stadium Sultan Ibrahim menandakan satu lagi sejarah buat Harimau Selatan. Selaku sebuah kelab, JDT berkembang sejak detik transformasi pada 2013.

"Kini kami berjaya mengatasi norma biasa dalam bola sepak Malaysia yang sering berusaha untuk mencipta penanda aras baharu dan mencabar batasan di peringkat antarabangsa," kata Tunku Ismail.

Stadium Sultan Ibrahim dirasmikan dengan suasana penuh gilang-gemilang sebentar tadi. -Foto Johor Southern Tigers
Stadium Sultan Ibrahim dirasmikan dengan suasana penuh gilang-gemilang sebentar tadi. -Foto Johor Southern Tigers

Stadium Sultan Ibrahim dibina sejak Januari 2016 di atas tanah berkeluasan 28 hektar. Dengan kemudahan padang jenis Zeon Zoysia, reka bentuk stadium itu diilhamkan daripada bentuk daun pisang, sekali gus dianggap tercanggih di rantau Asia Tenggara.

Setiap kemudahan di Stadium Sultan Ibrahim mencapai piawaian yang ditetapkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selain sistem pencahayaan moden termasuk pemasangan lampu LED berwarna merah, biru dan putih di luar stadium.

Artikel Berkaitan:

Stadium Sultan Ibrahim yang terletak di Iskandar Puteri, Johor dirasmikan dengan suasana penuh gilang-gemilang sebentar tadi. -Foto Johor Southern Tigers
Stadium Sultan Ibrahim yang terletak di Iskandar Puteri, Johor dirasmikan dengan suasana penuh gilang-gemilang sebentar tadi. -Foto Johor Southern Tigers

JDT bakal membuat perhitungan dengan Kedah pada perlawanan Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah di Stadium Sultan Ibrahim 28 Februari ini.