Gas ammonia bocor, empat pekerja kilang ais terselamat

Pasukan Hazmat melakukan operasi nyah cemar gas ammonia di sebuah kilang ais di Simpang Pulai pada Selasa. Foto: ihsan Bomba Perak
Pasukan Hazmat melakukan operasi nyah cemar gas ammonia di sebuah kilang ais di Simpang Pulai pada Selasa. Foto: ihsan Bomba Perak
A
A
A

IPOH - [DIKEMAS KINI] Empat pekerja terselamat dalam kejadian kebocoran gas ammonia di sebuah kilang ais di Kawasan Perindustrian Seri Rapat dekat Simpang Pulai di sini pada Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai diatur gerak ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 1 petang.

Menurut beliau, operasi turut dibantu Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dari BBP Pasir Puteh.

"Pemeriksaan mendapati bau tersebut berpunca dari sebuah kilang ais.

"Ketika kejadian terdapat empat pekerja dan langkah awal diambil dengan melakukan pengungsian bangunan dan memasang sawar-sawar sejauh 100 meter dari bangunan.

Pasukan bomba menjalankan operasi kebocoran gas kilang ais di Simpang Pulai pada Selasa. Foto: ihsan Bomba Perak
Pasukan bomba menjalankan operasi kebocoran gas kilang ais di Simpang Pulai pada Selasa. Foto: ihsan Bomba Perak

"Pasukan Hazmat kemudian melakukan kerja-kerja pengesanan dan bacaan pertama menunjukkan paras 5ppm (partikel per sejuta) ammonia," katanya di sini.

Sabarodzi berkata, pemeriksaan lanjut mengesyaki kebocoran berlaku di salah satu hos bertekanan tinggi namun punca sebenar kejadian sedang disiasat.

"Pasukan Hazmat bertindak menutup injap dan pengesanan kali kedua menunjukkan tiada lagi apa-apa bacaan unsur ammonia dikesan dan seterusnya mengesahkan kawasan tersebut selamat.

Artikel Berkaitan:

"Setelah memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain, ketua operasi kemudian menyerahkan semula premis tersebut kepada pemiliknya," katanya.

Tambah beliau, operasi mengambil masa tiga jam dan tamat pada jam 4.20 petang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!