Liga Kesihatan Northport 2024 tarik penyertaan lebih 500 pekerja

Northport aktif menganjurkan acara sukan bagi memupuk budaya kesihatan dan kesejahteraan dalam kalangan warga kerjanya
Northport aktif menganjurkan acara sukan bagi memupuk budaya kesihatan dan kesejahteraan dalam kalangan warga kerjanya
A
A
A

SHAH ALAM - Northport (Malaysia) Bhd (Northport) menarik penyertaan lebih 500 pekerja dalam program Liga Kesihatan Northport 2024 dan bersaing merebut hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM26,500.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Fakhrul Azhar Tajudin berkata, program yang berlangsung selama enam bulan bermula dari 1 Mei sehingga 31 Oktober lalu itu merupakan sebahagian daripada inisiatif syarikat berkenaan bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan dalam kalangan kakitangannya.

Northport aktif menganjurkan acara sukan bagi memupuk budaya kesihatan dan kesejahteraan dalam kalangan warga kerjanya
Northport aktif menganjurkan acara sukan bagi memupuk budaya kesihatan dan kesejahteraan dalam kalangan warga kerjanya

“Liga Kesihatan Northport 2024 adalah pertandingan kecergasan secara liga yang julung kali dianjurkan oleh Northport yang bertujuan untuk meningkatkan kecergasan fizikal dan kesejahteraan mental kakitangan kami.

“Matlamat kami adalah untuk menggalakkan budaya keseimbangan melalui penglibatan mereka dalam aktiviti berkaitan kesihatan, secara tidak langsung boleh menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan kepuasan kerja secara menyeluruh di kalangan warga kerja kami,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Northport aktif menganjurkan acara sukan bagi memupuk budaya kesihatan dan kesejahteraan dalam kalangan warga kerjanya
Northport aktif menganjurkan acara sukan bagi memupuk budaya kesihatan dan kesejahteraan dalam kalangan warga kerjanya

Penganjuran sulung Liga Kesihatan Northport 2024 turut menyaksikan pemenang untuk setiap kategori yang diumumkan semasa sambutan Tahun Baharu di premis syarikat tersebut baru-baru ini.

Juara kategori lelaki dirangkul oleh Mohamad Rusdi Razali dari Jabatan Kargo Konvensional manakala kategori wanita pula dimenangi Nur Fadilah Razali dari Jabatan Polis Pelabuhan.

Sebagai juara, masing-masing telah membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 seorang.

Artikel Berkaitan:

Northport aktif menganjurkan acara sukan bagi memupuk budaya kesihatan dan kesejahteraan dalam kalangan warga kerjanya
Northport aktif menganjurkan acara sukan bagi memupuk budaya kesihatan dan kesejahteraan dalam kalangan warga kerjanya

Mengulas mengenai kemenangan tersebut, Mohamad Rusdi berkata, dia berterima kasih kepada keluarga yang menjadi tunjang motivasi kepada dirinya untuk terus menjadi lebih sihat dan cergas.

Ujarnya, ia kerana dia sebelum ini mendepani masalah kesihatan seperti berat badan dan disahkan menghidap tekanan darah tinggi.

Nur Fadilah (kiri) telah dinobatkan sebagai juara bagi kategori wanita, membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 yang telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MMC Port Holdings Sdn Bhd, Datuk Azman Shah Mohd Yusof.

“Masalah kesihatan yang boleh mengancam nyawa ini telah membuatkan saya berazam untuk hidup dengan lebih sihat, demi keluarga saya yang tercinta.

“Sepanjang enam bulan program ini berlangsung, selain daripada melakukan aktiviti sukan dan riadah, saya turut mengawal cara pemakanan serta mengamalkan diet puasa,” menurutnya.

Ulasnya, dengan amalan pemakanan yang diamalkannya, dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 34 kilogram (kg).

“Saya bersyukur kerana mempunyai seorang isteri yang amat mengambil berat dan membantu di dalam menyediakan makanan yang sihat.

Mohamad Rusdi (kiri) telah dinobatkan sebagai juara bagi kategori lelaki, membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 yang telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MMC Port Holdings Sdn Bhd, Datuk Azman Shah Mohd Yusof.

“Selain itu, saya juga dikelilingi oleh rakan-rakan yang sentiasa memberi semangat dan sokongan untuk saya menjadi lebih sihat,” ujarnya.

Sementara itu, Nur Fadilah berkata, sokongan suami dan rakan sekerja, faktor usia serta kerjaya sebagai anggota polis bantuan pelabuhan memberi dorongan untuk dirinya supaya kekal sihat agar dapat menjadi contoh kepada rakan anggota lain.

“Dalam tempoh enam bulan tersebut, saya banyak menyertai acara sukan dan riadah di mana suami banyak membantu saya di rumah, manakala rakan sekerja banyak mendorong serta memberi saya semangat.

“Nasihat saya kepada semua rakan-rakan dan masyarakat agar sentiasa mengamalkan pemakanan sihat dan kekalkan bentuk badan ideal bagi mengelakkan masalah kesihatan di kemudian hari,” ulasnya.

Bagi kategori Jabatan pula, Bahagian Kesihatan, Keselamatan, Sekuriti dan Alam Sekitar telah dinobatkan sebagai pemenang.

Dalam pada itu, ujar Fakhrul Azhar, Northport juga memperoleh manfaat besar daripada program tersebut kerana ia membantu dalam membina kerjasama berpasukan dan penglibatan di kalangan kakitangan syarikat berkenaan, secara langsung menyumbang kepada budaya kerja yang positif dalam organisasi.

Menurutnya, memupuk gaya hidup yang seimbang menjadi asas penting bagi meningkatkan produktiviti dan kepuasan dalam kehidupan peribadi dan professional seseorang.

“Di tempat kerja, aspek kesihatan dan kesejahteraan menjadi keutamaan bagi menambah nilai yang signifikan, meningkatkan tahap moral, produktiviti serta kepuasan kerja di kalangan kakitangan,” katanya.

Tambah beliau, acara berkenaan memainkan peranan penting dalam mengukuhkan inisiatif Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Northport, khususnya dalam aspek sosial untuk rangka kerja ESG.

"Kami percaya bahawa tenaga kerja yang sihat adalah aset kami paling berharga, terutamanya dalam industri pelabuhan di mana kami beroperasi tanpa henti.

“Usaha kami dalam memperkasakan kakitangan dengan budaya kesejahteraan dan kecemerlangan bukan hanya untuk mencapai kejayaan semata-mata, tetapi ia juga berkait rapat dalam membentuk legasi kukuh dan mampan.

“Komitmen kami terhadap kesihatan dan kesejahteraan warga kerja adalah satu pelaburan bagi membina masa depan yang lebih cerah buat Northport,” jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!