Qatar lancar jambatan udara dari Jordan salur bantuan ke Gaza

DOHA - Qatar pada Isnin melancarkan jambatan udara dari Pangkalan Udara Raja Abdullah II di Jordan ke kawasan Al-Qarara di selatan Gaza Khan Younis untuk menyediakan bantuan kemanusiaan dan perubatan kepada penduduk Gaza, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Qatar.
"Sejak bermulanya gencatan senjata (Gaza), Qatar telah menghantar 65 trak bantuan merentasi sempadan Jordan. Hari ini, sebagai lanjutan jambatan darat ini, kami menyaksikan pelancaran dua penerbangan helikopter yang sarat dengan bekalan perubatan penting kepada Khan Younis," kenyataan itu memetik Menteri Negara Qatar bagi Kerjasama Antarabangsa Maryam binti Ali bin Nasser Al Misnad sebagai berkata.
Qatar Charity dan Pertubuhan Amal Hashemite Jordan juga menandatangani perjanjian untuk memudahkan aliran bantuan kemanusiaan Qatar melalui laluan darat melalui Jordan, tambah kenyataan itu.
"Qatar telah menyediakan 20,000 khemah, diangkut melalui jambatan darat dari Qatar ke Jordan. Kami bekerjasama dengan Pertubuhan Amal Hashemite Jordan untuk menghantarnya kepada saudara kami di Gaza," kata menteri Qatar itu. - Bernama-Xinhua
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Lelaki bakar isteri selepas bertengkar kerana cemburu
15 September 2026 08:47amWHO bakal hentikan bekalan diesel kepada lebih 20 hospital di Gaza
15 September 2026 07:17am11 tahun berdendam, lelaki akhirnya dibunuh
15 September 2026 07:05amHimalaya di ambang titik kritikal
15 September 2026 07:00amDakwaan penipuan RM1.3 juta: Pempengaruh Aisar Khaled berdepan laporan polis di Indonesia
14 September 2026 05:08pmAmbil bola dalam longkang, polis sahkan empat kanak-kanak meninggal dunia
15 September 2026 12:28amDua kanak-kanak lemas dalam longkang, dua lagi dikejarkan ke hospital
14 September 2026 09:21pmWanita maut ditikam 13 kali, suami serah diri
15 September 2026 07:55am- Iklan -- Iklan -
