1.82 juta kenderaan penuhi lebuh raya hari terakhir Op Selamat 23
02 Februari 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Trafik di lebuh raya utama terus meningkat pada hari terakhir Op Selamat 23 pada Ahad, dengan kira-kira 1.82 juta kenderaan dijangka berada di jalan raya, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, meskipun pertambahan itu mengakibatkan pergerakan kenderaan perlahan, aliran trafik di semua arah menghala ke ibu kota adalah lancar dan terkawal.
#sinarharian #beritasemasa #opselamat23 #cuti
