Renjat ayam hingga mati: Syarikat pembekal, dua pengarah, pengurus, pekerja didakwa isu halal
24 November 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Sebuah syarikat pembekalan penyembelihan ayam, dua pengarah, seorang pengurus dan seorang pekerjanya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, atas pertuduhan membekalkan 6,555 kilogram (kg) ayam dengan memperdayakan pengguna bahawa produk berkenaan halal, selain bersubahat dalam kesalahan itu bulan lalu.
Syarikat Ayam Segar BM (M) Sdn Bhd selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan itu menerusi wakilnya, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, 'Ainul Bashiirah Dona Don Biyajid.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Ayamtakhalal
