Ahmad Fadzli dilantik SUK Selangor yang baharu

SHAH ALAM - Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor yang baharu, berkuat kuasa pada Isnin.
Ahmad Fadzli menggantikan Datuk Haris Kasim yang menamatkan perkhidmatannya pada 31 Januari lalu.
Pelantikan SUK Negeri Selangor yang baharu itu diumumkan menerusi satu hantaran di laman Facebook Pejabat SUK Negeri Selangor.
"Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada Yang Berhormat Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin di atas pelantikan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu," menurut hantaran itu malam tadi.
Ahmad Fadzli sebelum ini pernah bertugas di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) sebagai ketua Kluster Pembangunan Pengurusan dan Inovasi serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

