Sultan Johor ucap tahniah kepada Tengku Abdullah

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. - Foto Bernama
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah mengucapkan tahniah kepada Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang akan dimasyurkan sebagai Sultan Pahang keenam, Selasa depan.

Tengku Abdullah yang merupakan Pemangku Raja Pahang, diangkat sebagai Sultan Pahang keenam bagi menggantikan ayahanda baginda, Sultan Ahmad Shah yang gering.

"Merafak ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada DYMM Sultan Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah atas pemasyhuran baginda sebagai Sultan Pahang," titah Sultan Ibrahim dalam Facebook baginda hari ini.

Pelantikan Tengku Abdullah dibuat selepas dipersetujui oleh kerabat dan ahli Jumaah Pangkuan Diraja Negeri yang bersidang di Kuala Lumpur semalam.

Pengumuman itu diumumkan Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman dalam satu sidang media khas di Istana Abu Bakar, hari ini.

Istiadat pemahsyuran akan diadakan Selasa depan di Istana Abu Bakar, 11 pagi.

Artikel Berkaitan: