Trafik sesak di lebuh raya utama, dijangka berlarutan hingga lewat malam ini

Hentian Genting Sempah di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah Kuala Lumpur kelihatan sesak sekitar jam 4 petang Ahad berikutan orang ramai mulai pulang ke ibu kota selepas bercuti sempena sambutan Tahun Baharu Cina. Foto Bernama
Hentian Genting Sempah di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah Kuala Lumpur kelihatan sesak sekitar jam 4 petang Ahad berikutan orang ramai mulai pulang ke ibu kota selepas bercuti sempena sambutan Tahun Baharu Cina. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di lebuh raya utama negara menuju ke Lembah Klang masih perlahan susulan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas cuti panjang Tahun Baharu Cina.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan setakat 9 malam ini, kesesakan berlaku di beberapa lokasi di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) susulan pertambahan jumlah kenderaan dan dijangka berlarutan sehingga lewat malam.

Beliau memaklumkan kesesakan menuju ke Lembah Klang dari arah utara tanah air antaranya melibatkan lokasi Gurun menuju ke Sungai Petani Selatan, Gopeng ke Bidor, Tanjung Malim ke Bukit Tagar dan Bukit Beruntung ke Sungai Buaya.

Katanya bagi arah selatan, kesesakan berlaku di Pedas-Linggi ke Seremban.

Bagi arah pantai timur pula, kesesakan berlaku di Plaza Tol Bentong menuju ke Lentang dan Genting Sempah menuju ke Plaza Tol Gombak.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik, atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!