X

Kindly register in order to view this article
!

Sejarah hitam buat perundangan negara: Asyraf Wajdi

ASYRAF WAJDI
A
A

SHAH ALAM - Pemuda UMNO menggesa Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas meletakkan jawatan kerana kredibiliti beliau semakin punah di mata rakyat.

Ketua Pemudanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki berkata, gesaan itu dibuat selepas Tommy menarik balik pertuduhan terhadap 12 tertuduh yang dikaitkan dengan aktiviti pertubuhan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) berkuat kuasa serta-merta.

Beliau mendakwa, keputusan berkenaan adalah sejarah hitam dalam sistem perundangan negara apabila Peguam Negara membelakangkan prinsip Kedaulatan Udang-Undang (Rule Of Law) yang menjadi perjuangan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Katanya, pemberhentian prosiding pendakwaan ini hanya mencetuskan beberapa polemik dan persoalan dalam minda rakyat.

"Rakyat mempersoalkan apakah ini bakal menjejaskan kredibiliti badan penyiasat seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), sedangkan dalam kenyataan awal polis mengatakan mereka mempunyai bukti kukuh penglibatan 12 individu terbabit.

"Adakah mereka akan terkejut seperti yang berlaku kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika prosiding Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ditarik balik sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook beliau semalam.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana Tommy dapat menangani persepsi bahawa keputusan ini tiada kaitan politik untuk membebaskan pimpinan DAP terutamanya dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP iaitu Gunasekaran (Seremban Jaya) dan G Saminathan (Gadek).

"Bagaimanakah Peguam Negara dapat menutup persepsi rakyat yang nampak seolah-olah berlakunya berat sebelah ketara berbanding pensabitan mereka yang terlibat memiliki, mengedar atau memaparkan propaganda-propaganda kumpulan pengganas IS/Daesh sebelum ini? Soalnya.

Tambah beliau, apakah yang akan terjadi pada Malaysia kelak sekiranya Peguam Negara terus menerus dilihat mengamalkan pendakwaan secara terpilih.

"Apakah rakyat dan pelabur akan merasa selamat lagi untuk tinggal di bumi Malaysia kini? Katanya.