Kanak-kanak baling mercun dalam tangki najis, cetus letupan besar

SICHUAN - Tindakan seorang budak lelaki mencampakkan mercun di dalam sebuah pembetung najis menyebabkan letupan besar di sebuah tapak meletak kenderaan di Daerah Zizhong, Neijiang, China.
Letupan itu dicetuskan oleh pengumpulan biogas dalam pembetung najis sehingga menyebabkan penutupnya tercampak dan merosakkan kenderaan yang diletakkan berhampirannya.

Dalam video tular yang diambil dari rakaman CCTV menunjukkan pihak berkuasa bertindak pantas mengesan budak tersebut dan menghubungi ibu bapanya.
Walaupun budak lelaki itu tidak dikenakan tindakan undang-undang, keluarganya mungkin bertanggungjawab atas kerosakan tersebut.
Namun, polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden yang tular media sosial China sehingga mendapat jutaan tontonan.
Video yang disiarkan di X oleh @anthraxxx781 mencetuskan perbincangan baharu, dengan sesetengah pengguna mempersoalkan sama ada mercun boleh menyebabkan letupan yang begitu kuat seperti itu dan membahayakan orang ramai. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!