Kempen 'Satu Rumah Satu Quran Amazing' sempena Ramadan

SHAH ALAM - Karya Bestari memperkenalkan kempen 'Satu Rumah Satu Quran Amazing' sempena sambutan Ramadan bulan depan.
Eksekutif Pemasaran al-Quran Karya Bestari, Muhamad Asyraf Jalaluddin berkata, kempen 'Road To Ramadan' itu mangajak orang ramai bertadabbur kalam suci berdasarkan perbahasan serta huraian daripada tafsir muktabar seperti Tafsir Jalalain, Tafsir Ibnu Kathir dan Tafsir al-Tabari.
"Al-Quran ini dilengkapi dengan panduan waqaf ibtida iaitu cara berhenti dan memulakan bacaan dengan blok warna.
"Ia amat sesuai untuk seisi keluarga, tidak kira peringkat umur selain menjadi panduan kepada kita untuk mendalami al-Quran dengan cara yang lebih tepat dan mudah," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Dalam pada itu Muhamad Asyraf memaklumkan, naskhah yang mempunyai empat pilihan warna itu turut didatangkan dengan rekaan esklusif, lebih ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja.

Menurutnya, kandungan al-Quran Amazing juga mempunyai terjemahan secara perkataan pada setiap kalimah serta penjelasan hukum dan kaedah tajwid.
"Al-Quran ini bukan naskhah terjemahan semata-mata tetapi dilengkapi dengan tafsir, hadis-hadis pilihan yang berkaitan dengan ayat.
"Ada juga tips kesihatan berkaitan dengan ayat-ayat yang diceritakan dalam al-Quran," ujarnya.
Kempen 'Road to Ramadan' al-Quran Amazing akan berlangsung sehingga 31 Mac depan dijual pada harga promosi RM145.
Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan al-Quran tersebut boleh mengunjungi Karangkraf Mall, Shah Alam atau kedai buku terpilih seluruh negara.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
