Jualan Gudang Karangkraf 2025 jadi lokasi utama 'kaki melancong'

Jualan Gudang Karangkraf 2025 menjadi lokasi utama buat golongan yang gemarkan melancong hadir untuk mempersiapkan diri dan mencari bahan rujukan bergenre pengembaraan. Foto SINAR HARIAN-MOHD HALIM ABDUL WAHID (Gambar kecil: Jaafar.)

A
A
A

SHAH ALAM - Jualan Gudang Karangkraf 2025 menjadi lokasi utama buat golongan yang gemarkan melancong hadir untuk mempersiapkan diri dan mencari bahan rujukan bergenre pengembaraan.

Pesara, Jaafar Yaacob, 70, berkata, minatnya melancong ke luar negara membawa dirinya untuk menyinggah ke jualan gudang dan mencari bahan rujukan yang mempunyai genre pengembaraan.

“Saya memang suka melancong ke luar negara, setakat ini sudah lebih 10 negara saya sudah pergi.

“Macam hari ini saya datang untuk mencari buku seperti Ustazah Basikal kerana ia bersifat pengembaraan dan itu membuatkan saya belajar banyak benda baharu,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Tinjauan Sinar Harian di Jualan Gudang Karangkraf 2025 yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Sabtu. Foto SINAR HARIAN MOHD HALIM ABDUL WAHID
Tinjauan Sinar Harian di Jualan Gudang Karangkraf 2025 yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Sabtu. Foto SINAR HARIAN MOHD HALIM ABDUL WAHID

Ditanya mengenai ciri buku pengambaraan dicari, Jaafar berkata, dia hanya akan membeli buku dengan informasi berkenaan negara yang belum pernah dia kunjungi sahaja.

Tambah Jaafar yang juga menetap di Sungai Buloh, bukan sahaja buku bergenre pengembaraan tetapi dia juga mempunyai minat yang mendalam dan seorang ulat buku terhadap genre keagamaan serta ekonomi.

Artikel Berkaitan:

"Senang cerita, saya ini ulat buku dan ini juga bukan pertama kali saya datang ke jualan gudang.

"Untuk makluman juga, saya dapat tahu mengenai Jualan Gudang Karangkraf 2025 kali ini melalui Sinar Harian," ujarnya.

Jualan Gudang Karangkraf 2025 yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf bermula jam 9 pagi hingga 7 malam akan melabuhkan tirainya pada 2 Februari 2025.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!