DeepSeek curi data OpenAI?

Sejak DeepSeek menghasilkan teknologi AI China menggegarkan Silicon Valley dan Wall Street dengan model kos efektif, firma berkenaan secara tiba-tiba dituduh mencuri data melalui amalan biasa dalam industri tersebut.
Sejak DeepSeek menghasilkan teknologi AI China menggegarkan Silicon Valley dan Wall Street dengan model kos efektif, firma berkenaan secara tiba-tiba dituduh mencuri data melalui amalan biasa dalam industri tersebut.
A
A
A

SAN FRANCISCO - Sejak DeepSeek menghasilkan teknologi kecerdasan buatan (AI) China menggegarkan Silicon Valley dan Wall Street dengan model kos efektif, firma berkenaan secara tiba-tiba dituduh mencuri data melalui amalan biasa dalam industri tersebut.

OpenAI mendakwa pesaingnya dari China, DeepSeek berkemungkinan melakukan amalan itu untuk menghasilkan chatbot yang semakin popular dalam kalangan pengguna di Amerika Syarikat (AS).

Dakwaan itu yang dilaporkan Financial Times dibuat beberapa hari selepas DeepSeek melancarkan Model Bahasa Besar atau LLM hingga mengejutkan pasaran saham AS dan menyebabkan kejatuhan teruk saham pengeluar cip tempatan, Nvidia.

Liang Wenfeng mengasaskan DeepSeek yang kini menguasai carta muat turun di AS.
Liang Wenfeng mengasaskan DeepSeek yang kini menguasai carta muat turun di AS.

Jurucakap OpenAI memaklumkan ada firma Beijing menggunakan taktik 'penyulingan model' yang mana LLM dilatih mendapatkan data dihasilkan LLM lain dan DeepSeek dipercayai salah satu daripada syarikat yang terlibat.

“Kami sedang menyemak semula untuk mengesahkan jika tindakan tidak wajar itu dilakukan DeepSeek dan akan berkongsi maklumat selepas penilaian secara menyeluruh dibuat,” ujar jurucakap OpenAI sambil menambah mereka tidak menuduh DeepSeek melakukan pelanggaran keselamatan.

Susulan pertikaian terbaharu itu, Bloomberg memetik beberapa sumber melaporkan OpenAI dan Microsoft yang merupakan penyokong utama pembuat ChatGPT mula melancarkan siasatan terhadap kumpulan yang dikaitkan dengan DeepSeek untuk menentukan sama ada ia mengambil sejumlah besar data secara tidak sah melalui Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API) pada musim luruh lalu.

Menurutnya, perselisihan faham itu timbul gara-gara kenyataan Rumah Putih.

“Kami mengambil langkah proaktif untuk melindungi teknologi OpenAI dan akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan bagi memastikan model AI di sini kekal dilindungi,” jelasnya lagi.

Artikel Berkaitan:

Pada Selasa, Davis Sacks yang merupakan jurucakap Presiden Donald Trump memberitahu Fox News bahawa beliau percaya DeepSeek menyuling maklumat OpenAI.

Sacks bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Rumah Putih akan mengambil tindakan berhubung dakwaan itu.

"Kita mungkin akan melihat syarikat AI tempatan akan bertindak bagi menghalang proses penyulingan tersebut. Ia semestinya akan memperlahankan model peniru tersebut,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Majlis Keselamatan Negara (NSC), Brian Hughes menerusi e-mel kepada NBC News mengesahkan Rumah Putih sedang meneliti isu tersebut, namun tidak menyebut tentang tuduhan penyulingan dibuat OpenAI.

"Di bawah arahan Presiden, NSC bersama agensi kerajaan lain sedang bekerjasama untuk menangani kebimbangan yang melibatkan AI, China dan keselamatan data.

"Seperti yang ditegaskan Trump, dasar pentadbiran beliau adalah untuk memastikan AS memimpin dunia dalam AI,” tambahnya.

Altman menyifatkan ciptaan pesaing ChatGPT itu sebagai model kos rendah yang mengagumkan.
Altman menyifatkan ciptaan pesaing ChatGPT itu sebagai model kos rendah yang mengagumkan.

Pada Isnin lalu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) OpenAI, Sam Altman menerusi catatan di platform X menzahirkan ucapan tahniah atas pencapaian DeepSeek.

Altman turut menyifatkan ia sebagai model kos rendah yang mengagumkan setelah aplikasi alternatif kepada ChatGPT itu menguasai carta muat turun di App Store.

Trump juga menerusi kenyataan beliau pada awal minggu lalu juga memberi amaran kemunculan DeepSeek sebagai penggera buat syarikat teknologi di AS. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!