LTTE: AG tamatkan prosiding terhadap 12 individu

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Peguam Negara memutuskan untuk menghentikan prosiding terhadap 12 tertuduh yang menghadapi 34 pertuduhan berhubung menyokong kumpulan pengganas, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Tan Sri Tommy Thomas dalam kenyataannya berkata, tindakan itu diputuskan selepas tiada prospek jelas untuk sabitan ke atas pertuduhan terbabit.

"Dalam menjalankan kuasa budi bicara saya menurut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, saya memutuskan untuk memberhentikan prosiding terhadap mereka berkuat-kuasa serta merta," katanya.

Menurutnya, adalah menjadi kelaziman setiap individu untuk mempunyai idola yang diagungkan.

"Jutaan orang di seluruh dunia mengagumi Lenin, Stalin, Mao Tse Tung atau Che Guevara dan seumpamanya serta mempunyai gambar dan representasi berkaitan di dalam telefon dan Facebook mereka," katanya.

No Image Caption

Beliau berkata, setiap seorang daripada tertuduh mempunyai gambar pengasas LTTE, Velupillai Prabhakaran dan pemimpin kumpulan itu yang terbunuh dalam perang saudara di Sri Lanka.

"Hanya kerana pemimpin ini menggunakan keganasan atau kekerasan untuk mencapai matlamat politik mereka, ia tidak bermakna bahawa seorang penyokong tegar atas talian seharusnya dianggap sebagai pengganas atau merancang perbuatan keganasan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada 10 Oktober tahun lalu, dua Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka dan Negeri Sembilan antara tujuh individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) selepas dipercayai terbabit dengan kumpulan pengganas itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, G Saminathan - Foto Bernama
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, G Saminathan - Foto Bernama



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) P. Gunasekaran, 60 - Foto Bernama
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) P. Gunasekaran, 60 - Foto Bernama

Dua hari selepas itu, lima individu turut ditahan dipercayai mempunyai penglibatan sama.

ARTIKEL BERKAITAN: LTTE: 28 hujah AG batal prosiding jenayah 12 individu