X

Kindly register in order to view this article
!

Polis panggil ibu bapa bayi maut terbakar

Laporan Sinar Harian
A
A

TAMPIN - Polis akan memanggil ibu bapa bayi perempuan berusia 10 bulan yang maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Bangkahulu, Gemas, kelmarin bagi membantu siasatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin Deputi Superintendan Ahmad Pilus Zainal berkata, polis akan merekod percakapan dan melengkapkan siasatan sebelum merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya.

"Bagaimanapun siasatan lebih teliti akan dilakukan dan mengambil kira semua aspek termasuk faktor kecuaian," katanya di sini hari ini.

Tambahnya, polis juga perlu mendapatkan keterangan saksi selain menunggu laporan forensik.

Dalam pada itu beliau memberitahu, hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital Tampin semalam mendapati punca kematian disebabkan kebakaran seluruh badan.

Semalam, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Mohd Farid Abu Bakar berkata, bomba masih menjalankan siasatan berkaitan kes itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi ditinggal sendirian maut dalam kebakaran

Kelmarin, dalam kejadian jam 11.38 pagi itu, bayi, Siti Nur Aini Zulimi ditemui maut selepas ditinggalkan sendirian dalam buai elektrik oleh ibunya yang keluar ke Pejabat Pos Gemas.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus