'Sebelum kejadian, arwah manja dengan saya' - Bapa mangsa

Jenazah Allahyarham Mohammad Rayyan Alif Mohd Sharif selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Makam, Kota Tinggi pada Rabu.
Jenazah Allahyarham Mohammad Rayyan Alif Mohd Sharif selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Makam, Kota Tinggi pada Rabu.
A
A
A

KOTA TINGGI - "Tak ada apa-apa perubahan sikap dia, cuma beberapa hari sebelum kejadian, dia agak manja dengan saya,"

Itu luahan Mohd Sharif Jalal, 55, bapa Allahyarham, Mohammad Rayyan Alif Mohd Sharif, 9, yang ditemukan lemas setelah dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Taman Kota Jaya pada Isnin.

Mohd Sharif menyiftakan ia hanya lah perkara biasa dan tidak menjangkakan apa-apa kemungkinan yang akan berlaku.

"Tak terasa apa pun sebenarnya, tak sangka dia agak manja dengan saya.. saya keluar dia nak ikut, keluar kerja nak ikut, pergi masjid pun nak ikut.

"Kalau dengan ibunya memang dah lama dia manja dan saya tak sangka apa-apa," katanya kepada Sinar Harian.

Untuk rekod, Isnin lalu media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas setelah dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Taman Kota Jaya di sini ketika mahu mengambil seliparnya di dalam longkang berkenaan.

Mayat mangsa akhirnya ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat terapung lengkap berpakaian pada Rabu sekitar jam 10.20 pagi dan telah disahkan waris sebelum mayatnya dibawa ke Bahagian Forensik, Hospital Kota Tinggi untuk tindakan prosedur siasatan.

Dalam pada itu, Mohd Sharif berkata, pada hari kejadian anaknya itu keluar bermain setelah hujan reda.

Katanya, sebelum ini, anaknya itu memang sentiasa berada di rumah ketika hujan tetapi kali ini dia ingin keluar bermain setelah hujan reda.

Artikel Berkaitan:

"Bila hujan reda dia terus keluar untuk pergi bermain dan kita memang tak syak apa-apa.

"Ikut apa yang diberitahu kawannya, dia turun ke dalam longkang nak ambil selipar. Saya tak pasti selipar siapa, mungkin dia tergelincir dan masa tu air agak deras menyebabkan dia hanyut," ujarnya.

Allahyarham Mohammad Rayyan Alif, murid Tahun Tiga, SK Taman Kota Jaya kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Makam, Kota Tinggi sekitar jam 3 petang selepas selesai solat jenazah di Masjid Taman Kota Jaya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!