Harga runcit diesel naik lagi 5 sen

Harga runcit diesel di Semenanjung naik lima sen seliter iaitu daripada RM3.13 seliter kepada RM3.18 seliter bagi tempoh 30 Januari hingga 5 Februari. Foto hiasan
Harga runcit diesel di Semenanjung naik lima sen seliter iaitu daripada RM3.13 seliter kepada RM3.18 seliter bagi tempoh 30 Januari hingga 5 Februari. Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Harga runcit diesel di Semenanjung naik sebanyak lima sen seliter iaitu daripada RM3.13 seliter kepada RM3.18 seliter bagi tempoh 30 Januari hingga 5 Februari.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing kekal pada paras RM2.05 dan RM3.43 seliter bagi tempoh sama.

Menurut kenyataan itu, harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pula kekal pada paras RM2.15 seliter.

“Harga diesel RM3.18 seliter di Semenanjung yang ditetapkan kerajaan ini masih kekal rendah berbanding harga diesel yang diapungkan pada 10 Jun 2024 iaitu RM3.35 seliter mahupun harga diesel di pasaran dunia kini.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” katanya.

Ujarnya, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!