Rakaman audio: Najib, Rosmah hadir beri keterangan di Akademi SPRM

Najib dan Rosmah hadir beri keterangan di Akademi SPRM hari ini. - Foto fail
Najib dan Rosmah hadir beri keterangan di Akademi SPRM hari ini. - Foto fail
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor hadir memberi keterangan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, di sini, berhubung rakaman audio yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bulan lepas.

Menurut sumber, Najib dan Rosmah tiba pada kira-kira 3 petang ini untuk dirakam keterangan berhubung kes berkenaan.

Pada 8 Januari lepas, SPRM mendedahkan rakaman audio perbualan yang didakwa melibatkan kebocoran maklumat daripada Jabatan Peguam Negara kepada Najib, semasa beliau menjadi perdana menteri, dan perbualan lain berkaitan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad serta SRC International Sdn Bhd.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] SPRM bongkar audio konspirasi jenayah libatkan Najib, Rosmah

Audio konspirasi: Najib, Rosmah beri keterangan di Bukit Aman esok

Rakaman audio itu dipercayai rakaman perbualan melibatkan Rosmah, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad, seorang tokoh asing dan beberapa individu lain.

Terdahulu, Najib dan Rosmah telah berada di Bukit Aman untuk memberi keterangan selama kira-kira satu jam berhubung rakaman audio berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: