‘Mandilah Singapura' perli individu tak mandi pagi

SHAH ALAM - Tular satu perkongsian video di media sosial mengundang perdebatan ramai melibatkan sikap sesetengah pengguna pengangkutan awam di Singapura tidak mandi pagi sebelum pergi kerja.
Teguran yang dimuat naik oleh TikToker, Steph itu menyebabkan warga Singapura 'berpecah dua' soal mandi pagi iaitu ada yang berpendapat perlu mandi dan kurang setuju kerana mempunyai sebab tersendiri.
Dalam video Steph di TikTok, dia meminta warga Singapura mandi pada waktu pagi sebelum menaiki pengangkutan awam.
Dia turut memberitahu, bau badan yang tidak menyenangkan dari individu tidak mandi seakan-akan bau ‘cadar busuk’ dan ‘peluh yang diperap bersama rambut yang berminyak’.
"Saya harap orang Singapura mandi sebelum pergi kerja. Saya tahu ramai mendakwa itu bau dari warga asing tetapi tidak, itu adalah kamu.
"Lebih teruk apabila anda tidak mandi selepas bersenam, saya fikir ia akan mengganggu orang," ujarnya.
Sementara itu, TikToker bernama Xinhui tampil bersuara dan meminta orang ramai agar berhenti menyuruhnya mandi pada waktu pagi.
"Tolong jangan minta kami mandi sebelum menaiki pengangkutan awam untuk ke tempat kerja.
“Kamu nampak tak ini? (sambil tunjukkan eyebag pada mata) Dahlah tak cukup tidur, lagi kamu semua minta kami bangun awal untuk mandi. Itu takkan terjadi,” katanya.
Dalam pada itu, seorang warga maya yang menggunakan nama Nutss berpendapat tidak mandi pada waktu pagi kurang sesuai dengan cuaca panas pada waktu sekarang.
"Kalau sejuk aku faham tidak mandi, masalahnya sangat panas. Macam mana boleh tidak mandi, melekit," jelasnya.
Disebabkan perdebatan itu, muncul dengan slogan ‘Mandilah Singapura' di media sosial sebagai perlian kepada individu yang tidak mandi pada waktu pagi.
@sinarharianonline Apa pendpat korang? #SinarHarian #SinarTerkini #MandilahSingapura
Funny - Gold-Tiger
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

