Enam sekeluarga termasuk empat kanak-kanak dikhuatiri tertimbus di Miri

Antara kejadian tanah runtuh yang berlaku di Kampung Lereng Bukit, Miri. - Foto Facebook
Antara kejadian tanah runtuh yang berlaku di Kampung Lereng Bukit, Miri. - Foto Facebook
A
A
A

MIRI - Enam sekeluarga dikhuatiri tertimbus selepas kediaman mereka di Kampung Lereng Bukit di sini ditimpa tanah runtuh awal pagi ini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, pihaknya menerima maklumat kejadian sekitar jam 2.58 pagi tadi.

"Dua jentera dengan kekuatan 15 anggota telah diatur gerak ke lokasi dan tiba lima minit kemudian.

Pasukan Penyelamat membantu 109 penduduk untuk berpindah selepas kejadian tanah runtuh Kampung Lereng Bukit, Miri. - Foto Bomba
Pasukan Penyelamat membantu 109 penduduk untuk berpindah selepas kejadian tanah runtuh Kampung Lereng Bukit, Miri. - Foto Bomba

"Lokasi kejadian adalah Lot 287 A, Lot 287 B, Kampung Lereng Bukit dan pasukan dimaklumkan terdapat tujuh mangsa terlibat."

Mangsa pertama, katanya, seorang lelaki dewasa bagaimanapun selamat manakala enam yang lain masih gagal dikesan.

"Mereka yang hilang dipercayai tertimbus ialah dua perempuan dewasa, tiga kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki.

Pasukan JBPM berusaha menyelamat mangsa tanah runtuh di Kampung Lerang Bukit, Miri. Foto Facebook
Pasukan JBPM berusaha menyelamat mangsa tanah runtuh di Kampung Lerang Bukit, Miri. Foto Facebook

Komander Operasi, Muhammad Khuzir Azman berkata, setakat jam 3.48 pagi usaha mengeluarkan mangsa yang tertimbus masih giat dijalankan.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu pagi semalam, selepas empat runtuhan yang terjadi susulan hujan lebat berterusan sejak Isnin, lebih 300 penduduk di kampung tersebut telah diarahkan mengosongkan kediaman masing-masing.

@sinarharianonline

Enam sekeluarga dikhuatiri tertimbus selepas kediaman mereka di Kampung Lereng Bukit, Miri ditimpa tanah runtuh awal pagi ini. Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, pihaknya menerima maklumat kejadian sekitar jam 2.58 pagi tadi. #SinarHarian #SinarTerkini #TanahRuntuh

Sad Music - Max-Music

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!