Usaha cari budak lelaki terjatuh ke dalam longkang diteruskan

Usaha pencarian mangsa yang dilakukan pada Isnin diteruskan pada hari kedua hari ini
Usaha pencarian mangsa yang dilakukan pada Isnin diteruskan pada hari kedua hari ini
A
A
A

KOTA TINGGI - Usaha mencari seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun yang terjatuh ke dalam longkang di Taman Kota Jaya di sini, semalam diteruskan pada hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang dalam hujan lebat ketika mangsa Mohammad Rayyan Alif Mohd Sharif, 9, dikatakan cuba mengambil seliparnya yang terjatuh ke dalam longkang berkenaan.

Bagaimanapun, setakat ini, mangsa masih belum lagi ditemui dan usaha pencarian yang ditamatkan pada jam 12 tengah malam tadi akan diteruskan hari ini.

"Usaha pencarian turut melibatkan polis, bomba, pasukan penyelamat di air (PPDA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)," katanya.

Semalam, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang ketika mahu mengambil selipar di Taman Kota Jaya di sini, pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!