Suspek bunuh, kerat janda nyanyi lagu Sephia ketika disoal siasat

NGAWI - Suspek yang membunuh kejam dan mengerat tubuh janda dan disumbat di dalam beg sempat menyanyikan lagu Sephia yang dipopularkan kumpulan Sheila on 7 ketika disoal siasat.
Pihak berkuasa turut menyiarkan secara langsung di TikTok ketika proses siasatan tersebut dibuat.
"Adakah dia isterimu?" soal polis dari unit Jatanras di Madiun yang memberkasnya pada Sabtu.
Pelaku dikenali sebagai Rochmat Tri Hartanto (RTH) atau A, 33, warga Kabupaten Tulungagung, Jawa Timur kemudiannya menjawab 'kekasih gelap' dan hubungan mereka sudah terjalin selama tiga tahun.
RTH kembali menyanyikan dua bait pertama lirik lagu tersebut dan 'live' tersebut disaksikan lebih 6,000 pengguna TikTok.
Siasatan awam mendapati RTH mengaku melakukan pembunuhan kejam itu kerana cemburu dan sakit hati kerana dicurangi.
"Pelaku juga tidak dapat menerima kerana mangsa menyumpah seranah anak perempuannya dan menyerang rumah isterinya yang sah serta memaksanya menceraikan wanita itu," ujar jurucakap polis.
RTH mengaku dia mengerat tubuh Uswatun Khasanah, 29, di sebuah hotel pada Isnin lalu setelah berlaku pertengkaran antara mereka.
Suspek turut membeli sebilah pisau buah di sebuah pasar mini dan tubuh mangsa dikerat kepada tiga bahagian selama lima jam.
Bahagian tubuh itu dimasukkan ke dalam beg merah berukuran 71 sentimeter dan
dibuang di Ngawi manakala kepalanya ditemui di wilayah Jurug Bang, Desa Slawe, Kecamatan Watulimo, Kabupaten Trenggalek dan kakinya di Jalan Ponorogo-Magetan, Desa Sampung, Kecamatan Sampung, Kabupaten Ponorogo. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

