X

Kindly register in order to view this article
!

Isu peralihan kuasa bakal terjawab hari ini

Proses peralihan kuasa Perdana Menteri daripada Dr Mahathir dan Anwar masih menjadi polemik perdebatan tidak berkesudahan bukan sahaja kalangan pemimpin politik, bahkan rakyat.
A
A

SHAH ALAM - Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dijadualkan berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada malam ini.

Perjumpaan kali kedua Majlis Presiden PH sejak November tahun lalu itu akan dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir sebelum ini mengatakan beliau tidak tahu sama ada mesyuarat itu membincangkan isu peralihan kuasa Perdana Menteri atau sebaliknya.

Bagaimanapun, isu itu dilihat menjadi topik utama dalam perjumpaan melibatkan pimpinan tertinggi daripada empat parti politik iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Spekulasi peralihan kuasa Perdana Menteri sejak kebelakangan ini menimbulkan polemik dalam senario politik negara khususnya di pihak kerajaan.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Februari lalu mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir bagi membincangkan isu peralihan kuasa Perdana Menteri itu.

Isu berhubung peralihan kuasa itu perlu dimuktamadkan dengan segera agar tidak dijadikan modal politik tidak sihat di Malaysia.