Polis kutip RM131,450 saman tertunggak dalam tempoh 8 jam

Mohd Khairi (dua dari kanan) beramah mesra dengan seorang penunggang motosikal ketika Kempen Keselamatan Jalan Raya Tahun Baru Cina 2025 Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu pada Ahad.
Mohd Khairi (dua dari kanan) beramah mesra dengan seorang penunggang motosikal ketika Kempen Keselamatan Jalan Raya Tahun Baru Cina 2025 Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu pada Ahad.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 1,078 saman trafik tertunggak bernilai RM131,450 berjaya dikutip dalam tempoh lapan jam sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 yang diadakan pada Ahad lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairuddin memaklumkan daripada jumlah itu, sebanyak 644 saman ialah saman PDRM (K) 170A berjumlah RM70,780 dan bakinya, 434 ialah saman PDRM (K) 257 bernilai RM60,670.

"Kita berjaya mengutip saman trafik tertunggak berjumlah RM131,450 dalam tempoh lapan jam sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 yang diadakan semalam.

"Program itu berlangsung di Dataran Shahbandar Kuala Terengganu telah mendapat sambutan memberangsangkan daripada orang ramai yang datang ke kaunter sebaik program bermula.

"Kita tidak menetapkan sebarang sasaran kutipan tetapi tahap kesedaran orang ramai semakin baik dalam menyelesaikan saman masing-masing," katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, Mohd Khairi berkata, antara saman yang diselesaikan ialah seperti kesalahan memandu melebihi had laju, melanggar isyarat lalu lintas serta menghalang laluan trafik.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!