Pelanggan ramai bukti klinik kerajaan terbaik

Dr Boon Chye (empat, kiri) bersama pegawai kesihatan dan pemimpin setempat ketika lawatan kerja ke Klinik Kesihatan Serendah.
Dr Boon Chye (empat, kiri) bersama pegawai kesihatan dan pemimpin setempat ketika lawatan kerja ke Klinik Kesihatan Serendah.
A
A
A

SERENDAH - Kedatangan pelanggan di klinik kesihatan meningkat setiap tahun membuktikan perkhidmatan di klinik kerajaan itu adalah terbaik.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, beberapa siri lawatan kerjanya ke klinik kesihatan seluruh negara mendapati bilangan pelanggan meningkat dan jumlah pelanggan bergantung kepada kualiti perkhidmatan yang diberikan.

“Saya tak pernah lihat kedatangan menurun dan kalau perkhidmatan tidak baik, pesakit akan kurang tapi sekarang bilangan pelanggan naik. Ketika melawat klinik kesihatan didapati ruang farmasi sempit dan mesti ada sebab kenapa farmasi selalu sempit.

“Mungkin kerana mereka bahagian belakang dan bukan operasi hadapan jadi kena lihat semula lakaran kedudukan dan ruang makmal juga perlu diberi perhatian kerana ada peralatan yang akan masuk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi dialog bersama tetamu pada lawatan kerja ke Klinik Kesihatan Serendah, pagi semalam.

Hadir sama, Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui, Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim dan Pegawai Kesihatan Daerah, Dr Siti Rohana Saad.

Pada majlis tersebut, Dr Boon Chye turut menerima memorandum daripada June Leow yang meminta Kementerian Kesihatan Malaysia melaksanakan projek pembesaran dan naik taraf Hospital Kuala Kubu Bharu.

Artikel Berkaitan: