Satu jam tahan kesakitan

KOTA BHARU - Seorang pemandu lori terpaksa menahan kesakitan kira-kira satu jam akibat tersepit selepas terbabit dalam kemalangan di di Sungai Sam, Kuala Krai, pagi ini.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Khairul Duha Abdul Halim berkata, pihaknya menerima panggilan jam 6.05 pagi sebelum mengerahkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai segera ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba di lokasi, bomba mendapati sebuah lori tiga tan terbabas di kiri jalan.
"Pemeriksaan lanjut mendapati, terdapat seorang pemandu sedang menahan sakit akibat tersepit manakala kelindannya hanya cedera ringan," katanya.
Jelasnya, mangsa tersepit berjaya dikeluarkan jam 6.51 pagi.
"Mangsa menerima rawatan awal daripada petugas kesihatan sebelum dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan lanjut," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
