Lapan mahasiswa Malaysia Universiti Al-Azhar terlibat kemalangan

Antara mahasiswa Malaysia di Universiti Al-Azhar yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Sumber gambar daripada Facebook EME pada Ahad.
Antara mahasiswa Malaysia di Universiti Al-Azhar yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Sumber gambar daripada Facebook EME pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Lapan mahasiswa Malaysia di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir terlibat kemalangan jalan raya dalam perjalanan rehlah ke Port Said pada Sabtu.

Education Malaysia Egypt (EME) berkata, tiga daripada mereka, Muhammad Zafri Abdul Rasyid, Muhammad Sulhi Nazri dan Muhammad Rais Zafran Muhammad Shuhaimi ditempatkan di wad untuk pemerhatian lanjut oleh pihak hospital.

Ujarnya, lima mahasiswa lain mengalami luka ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.

Salah seorang mahasiswa Malaysia yang mendapat rawatan di hospital.
Salah seorang mahasiswa Malaysia yang mendapat rawatan di hospital.

Mereka ialah Muhammad Firdaus Yacob, Muhammad Adli Fitri Mohd Anuar, Shahrul Aiman Jaafar, Muhammad Zulfiqar Ahmad Tarmizi dan Muhammad Hazieq Badrisyah Norhamedon.

“Setiausaha Pertama (Pendidikan) EME, Ahmad Salehuddin Shafie dan Muhammad Nazirul Mubin Abdul Rahman, terus bergegas ke Hospital As Salam Port Said untuk melihat sendiri keadaan mereka.

“Insiden ini juga telah mendapat perhatian pihak Universiti Al-Azhar apabila mereka menghantar pegawai dari Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab (Mahasiswi) Port Said, Dr Syaima Amir Al Bana, Dr Fauziyah Muhallal, Dr Ahmad Al Sudani dan Madam Syaima' Al Huseini.

"Ia bagi membantu rawatan para pelajar, seterusnya memudah cara pengurusan bersama pihak hospital,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Menurut EME, tiga pelajar yang dirawat dalam wad telah selamat dibawa ke Hospital Sayed Galal di Kaherah untuk rawatan lanjut.

“EME mendoakan agar kesemua pelajar yang terlibat akan sembuh seperti sedia kala dan diberikan kekuatan sepanjang perawatan.

“EME juga menasihatkan para pelajar agar sentiasa berhati-hati dan waspada dalam menjalankan sebarang aktiviti agar terpelihara daripada sebarang kejadian yang tidak diingini,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!