Lelaki Orang Asli jatuh di Tasik Bera ditemui lemas

PPDA Bukit Angin membuat penyelaman sedalam dua meter dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.
Foto ihsan JBPM
PPDA Bukit Angin membuat penyelaman sedalam dua meter dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh. Foto ihsan JBPM
A
A
A

BERA - Seorang lelaki Orang Asli yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam Tasik Bera di Kampung Benal Pos Iskandar dekat Kemayan di sini ditemui lemas pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang pada Sabtu, mangsa, Sabri Juaram, 49, bersama isterinya berusia 43 tahun dan anak perempuannya berusia 10 tahun menaiki bot dari pangkalan Kampung Putat ke Kampung Benal Pos Iskandar.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Wan Ahmad Fadilah Wan Abdul Rahman berkata, mayat mangsa ditemui pada jam 10 pagi.

Menurutnya, mangsa dijumpai oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bukit Angin melalui teknik selaman dengan kedalaman 2.5 meter.

"Pasukan PPDA membuat selaman pada jam 9.09 pagi sejauh dua meter dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya sebelum operasi ditamatkan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Ujarnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada Ahad dimulakan pada jam 9.06 pagi melibatkan 31 orang anggota dan pegawai dari bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Pejabat Daerah.

Jelasnya, turut membantu dalam operasi tersebut ialah orang kampung yang menggunakan enam bot.

Sebelum ini, mangsa yang juga penoreh getah dilaporkan terjatuh ke dalam tasik dan isteri mangsa memberitahu suaminya tidak pandai berenang dan selalu berulang-alik dari Kampung Putat ke Kampung Benal menaiki bot.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!