Lelaki Orang Asli dikhuatiri lemas

Operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki Orang Asli yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot ketika menyeberangi Tasik Bera Kemayan pada Sabtu. Foto JBPM
Operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki Orang Asli yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot ketika menyeberangi Tasik Bera Kemayan pada Sabtu. Foto JBPM
A
A
A

BERA - [DIKEMAS KINI] Seorang isteri melihat suaminya tenggelam di depan mata sebelum dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Tasik Bera di Kampung Benal Pos Iskandar dekat Kemayan di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa yang juga Orang Asli, Sabri Juaram,49, bersama isterinya berusia 43 tahun dan anak perempuannya, 10 tahun menaiki bot dari pengkalan Kampung Putat ke Kampung Benal Pos Iskandar.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, hasil siasatan, kira-kira tiga kilometer (km) sampai ke Kampung Benal, tiba-tiba mangsa yang juga penoreh getah telah terjatuh ke dalam tasik, tidak timbul dan terus tenggelam.

Menurutnya, isteri mangsa memberitahu suaminya tidak pandai berenang dan selalu berulang-alik dari Kampung Putat ke Kampung Benal menaiki bot.

"Pengadu iaitu isteri mangsa telah menghubungi anak lelakinya yang kemudiannya bersama-sama mencuba mencari lelaki itu tidak ditemui manakala saudara isteri terbabit membuat panggilan ke 999.

"Pengadu menyatakan kira-kira jam 8.30 malam, pihak bomba telah sampai di Pengkalan Putat dan memandangkan keadaan telah gelap, pencarian tidak dapat dilakukan dan akan dijalankan pada jam 8 pagi Ahad," katanya.

Ujarnya, pengadu kemudiannya tampil ke Balai Polis Kemayan untuk membuat laporan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!