Prabowo junjung kasih kepada Sultan Ibrahim atas pengurniaan darjah

Sultan berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati I kepada Presiden Indonesia Prabowo Subianto (kiri) ketika menerima menghadap Prabowo di Dewan Seri Maharaja, Istana Negara pada Isinin.
Turut mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan). Foto Bernama
Sultan berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati I kepada Presiden Indonesia Prabowo Subianto (kiri) ketika menerima menghadap Prabowo di Dewan Seri Maharaja, Istana Negara pada Isinin. Turut mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan). Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Presiden Indonesia Prabowo Subianto menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas kurniaan Darjah Kerabat Johor kepadanya hari ini.

Prabowo berkata, pengurnian darjah tersebut menjadi lambang keakraban hubungan antara dirinya dengan Sultan Ibrahim serta kerabat Kesultanan Johor.

"Hubungan kami sangat lama, mungkin sudah 45 tahun saya kenal dengan Yang di-Pertuan Agong, sewaktu kami masih sama-sama muda dan bersekolah di Amerika Syarikat,” katanya pada sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini pada Isnin.

Sidang media bersama tersebut diadakan di Menara Berkembar PETRONAS selepas Prabowo dan Anwar mengadakan pertemuan empat mata dan mesyuarat dua hala, sebentar tadi.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (D.K.1) kepada Prabowo, di Istana Negara.

Dalam pada itu, Prabowo turut menyatakan bahawa rakyat Malaysia dan Indonesia memiliki pelbagai persamaan, yang menjadi kekuatan kepada hubungan antara kedua-dua negara jiran itu.

"Malaysia dan Indonesia memiliki kepentingan yang sama, kita ini pendiri ASEAN. Kita mempunyai hubungan sejarah, darah dan etnik.

"Hal seharusnya membuat hubungan kita lebih khas, pastinya terdapat hubungan istimewa antara Malaysia dan Indonesia,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Prabowo dalam hantaran di laman X rasminya memaklukan darjah kebesaran yang dikurniakan kepadanya hari ini, merupakan penghargaan kedua kepada seorang Presiden Indonesia daripada Kesultanan Johor.

Beliau berkata, kali terkahir darjah itu dikuniakan kepada seorang Presiden Indonesia ialah pada 1990 kepada Soeharto, yang memegang jawatan dari 1967 hingga 1998.

"Sebagai tanda kehormatan tertinggi daripada Kesultanan Johor, penghargaan ini menjadi simbol kuat hubungan persahabatan dan kerja sama erat antara Indonesia dan Malaysia," katanya dalam hantaran tersebut. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!