10 fenomena misteri alam menakjubkan

No Image Caption
A
A
A

ALAM semula jadi sememangnya penuh dengan keajaiban yang unik dan misteri selain menampilkan keindahan mempesonakan.

Bukan hanya pemandangan biasa dan menjadi tumpuan ramai untuk diterokai, terdapat juga fenomena aneh yang memukau mata dengan keunikannya tersendiri.

Berikut adalah 10 fenomena alam luar biasa di seluruh dunia.

1. Air terjun berdarah (Antartika)

No Image Caption

Ia pertama kali dilihat pada 1911 di bahagian timur Antartika di Lembah Kering McMurdo. Sebelum ini beberapa penyelidik percaya kehadiran alga merah menjadi punca air terjun itu berubah warna seperti darah.

Artikel Berkaitan:

Hasil kajian University of Alaska Fairbanks mendapati ia disebabkan besi yang teroksida dalam air masin, sekali gus berjaya merungkai fenomena misteri tersebut.

2. Batu bergerak (Amerika Syarikat )

No Image Caption

Fenomena geologi menyebabkan pergerakan batu di kawasan gurun yang turut meninggalkan jejak. Ia adalah hasil daripada kepingan ais besar yang pecah di kolam musim sejuk akibat haba pada waktu siang. Batuan dengan permukaan licin meninggalkan kesan seperti selekoh manakala batuan dengan permukaan kasar meninggalkan jejak lurus yang boleh dilihat di Taman Negara Death Valley (California) dan Little Bonnie Claire Playa (Nevada).

3. Pantai Tersorok (Mexico)

No Image Caption

Letupan bom sebagai sebahagian daripada latihan pemerintah telah menghasilkan pantai tersembunyi ini yang terletak beberapa kilometer di luar pantai Mexico. Ia kini menjadi destinasi impian ramai orang. Pengunjung perlu menaiki bot selama beberapa jam dan berenang atau mengayuh perahu untuk sampai ke kawasan tersorok ini.

4. Buih beku (Kanada)

No Image Caption

Fenomena unik ini boleh disaksikan ketika musim sejuk di Tasik Abraham di Alberta, Kanada. Ia berlaku apabila gas metana terperangkap di dasar tasik lalu membeku dan menghasilkan visual yang unik. Ia bagaimanpun berbahaya kerana mudah terbakar dan berisiko mencetuskan letupan besar. Buih itu 'pecah' secara semula jadi pada permulaan musim bunga.

5. Tasik Merah Jambu Hillier (Australia)

No Image Caption

Ia merupakan antara fenomena semula jadi yang aneh di Canberra. Tasik sepanjang 600 meter (m) dan 250m lebar ini pertama kali ditemui pada 1802. Punca ia berwarna merah jambu masih tidak diketahui, namun penyelidik percaya ia disebabkan mikro alga unik, Dunaliella Salina yang menghasilkan karotenoid iaitu pigmen terdapat pada lobak.

6. Tiang Cahaya (AS, Kanada, Artik)

No Image Caption

Fenomena unik ini seperti pancaran cahaya daripada kapal angkasa makhluk asing. Laluan cahaya memanjang dari langit biasanya di Artik dan juga beberapa lokasi di AS dan Kanada yang sangat sejuk. Ilusi ini tercipta apabila udara sejuk menukarkan kelembapan di udara kepada kristal. Kristal kemudian perlahan-lahan 'turun ke arah tanah'. Apabila cahaya dari sekeliling seperti lampu jalan mengenai kristal, ia menghasilkan ilusi cahaya yang memanjang.

7. Bulatan Pari-pari (Namibia)

No Image Caption

Keadaan Gurun Namib di Namibia ini agak luar biasa kerana terdapat tompokan bulat yang aneh di seluruh kawasan seluas 2,500 kilometer. Pada 2017, ahli matematik, Corina Tarnita mendakwa ia terhasil daripada dua gabungan iaitu tumbuhan yang kekurangan air hingga menghasilkan tompokan itu yang kemudiannya 'diambil alih' anai-anai. Ekosistem yang pelik dikatakan menjadi punca fenomena itu.

8. Ais Firus (Rusia)

No Image Caption

Tasik Baikal di Rusia merupakan tasik air tawar jernih tertua, paling dalam dan terbesar di dunia. Ia membeku ketika musim sejuk apabila suhu berada di bawah paras sifar. Pembentukan ais berwarna firus seperti permata berkilauan di bawah terik mentari.

9.Petir Abadi Catatumbo (Venezuela)

No Image Caption

Tempat pertemuan Sungai Catatumbo dan Tasik Maracaibo di Venezuela dianggap sebagai 'ibu kota' petir di dunia. Petir menyambar di kawasan itu sebanyak 1.6 juta kali setahun. Udara panas dari Caribbean yang bertemu dengan udara sejuk dari pergunungan berhampiran mengasilkan ribut kilat hampir 300 malam setahun. Purata sambaran kilat itu adalah 28 kali seminit.

10.Pintu Neraka (Turkmenistan)

No Image Caption

Kawah Darvaza yang terletak di landskap tandus ini kadangkala digelar sebagai 'gerbang neraka'. Ia adalah selebar 69m dan sedalam 30m serta terbakar selama beberapa dekad sejak pelantar minyak Soviet terhumban ke dalam kawah itu pada 1971. Pada 2013, penjelajah dan pemburu ribut, George Kourounis menjadi individu pertama terjun ke dalam kawah yang sedang membara untuk mendapatkan sampel tanah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!