Pearly - Thinaah cemerlang ke final Indonesia Masters

Pearly - Thinaah berjaya mara ke final kejohanan Indonesia Master. Foto Bernama
Pearly - Thinaah berjaya mara ke final kejohanan Indonesia Master. Foto Bernama
A
A
A

BEREGU wanita negara, Pearly Tan - M Thinaah berpeluang untuk meraih kejuaraan pertama mereka tahun ini selepas berjaya mara ke perlawanan akhir Indonesia Masters di Jakarta pada Sabtu.

Gandingan di ranking ketujuh dunia itu tidak berdepan masalah untuk menumbangkan wakil Korea Selatan, Lee Yeon-woo dan Lee Yu-lim di peringkat separuh akhir.

Turun selaku pilihan kedua kejohanan, Pearly - Thinaah bermula baik pada set pertama untuk melakar kemenangan 21-19 walaupun diberikan cabaran hebat gandingan Korea Selatan itu.

Bagaimanapun, pada set kedua beregu negara itu nyata berada pada kelas tersendiri untuk mengungguli pertarungan dengan kemenangan 21-16.

Mereka akan bertemu satu lagi pasangan Korea Selatan, Kim Hye-Jeong - Kong Hee-Yong di perlawanan akhir pada Ahad.

Hye Jeong - Hee Yong menumpaskan pasangan China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian 21-18,13-21 dan 21-11 pada separuh akhir untuk menempah tempat ke perlawanan akhir.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!