Wei Chong-Kai Wun cipta sensasi ke final Indonesia Masters

Wei Chong-Kai Wun bakal bertemu Fajar-Muhammad Rian di perlawanan akhir Indonesia Masters.
Wei Chong-Kai Wun bakal bertemu Fajar-Muhammad Rian di perlawanan akhir Indonesia Masters.
A
A
A

BEREGU lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun mencipta sensasi apabila mara ke perlawanan akhir Indonesia Masters pada Sabtu.

Kejayaan tersebut hadir selepas Wei Chong-Kai Wun menundukkan pasangan senegara yang juga beregu di ranking kelima dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik secara straight set dalam perlawanan separuh akhir di Jakarta.

Wei Chong-Kai Wun tampil dengan persembahan terbaik untuk menang pada set pertama 21-18 sebelum mengesahkan tiket ke perlawanan akhir dengan mengungguli set kedua 21-15.

Pasangan di ranking ke-14 dunia itu akan berdepan wakil tuan rumah, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto perlawanan akhir pada Ahad.

Fajar-Muhammad Rian yang menghuni kedudukan keempat dunia tidak berdepan masalah untuk menewaskan beregu Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Kittinupong Kedren 21-14,21- dalam satu lagi aksi separuh akhir sebentar tadi.

Kemaraan Wei Chong-Kai Wun itu akan menyaksikan dua wakil negara akan beraksi di pentas akhir Indonesia Masters selepas beregu wanita negara, Pearly Tan - M Thinaah turut cemerlang untuk memburu kejuaraan sulung mereka.

Gandingan di ranking ketujuh dunia itu menumbangkan wakil Korea Selatan, Lee Yeon-woo dan Lee Yu-lim di separuh akhir untuk bertemu satu lagi pasangan Korea Selatan, Kim Hye-Jeong - Kong Hee-Yong di perlawanan akhir.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!