25 maut selepas bas terbalik di utara Ethiopia

Insiden bas penumpang yang hilang kawalan dan terbalik di Daerah Dawunt, Wilayah Amhara mengakibatkan 25 orang terkorban - Foto: Agensi
Insiden bas penumpang yang hilang kawalan dan terbalik di Daerah Dawunt, Wilayah Amhara mengakibatkan 25 orang terkorban - Foto: Agensi
A
A
A

ADDIS ABABA - Sekurang-kurangnya 25 orang maut, manakala 29 lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di utara Ethiopia pada Khamis, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.

Kemalangan itu berlaku apabila sebuah bas penumpang hilang kawalan dan terbalik di Daerah Dawunt, Wilayah Amhara, mengakibatkan 25 orang terkorban, menurut Pejabat Komunikasi Zon Wello Utara dalam satu kenyataan.

Kemalangan itu juga menyebabkan 14 orang cedera parah, manakala 15 lagi mengalami kecederaan ringan. Pegawai tempatan memaklumkan bahawa mangsa yang cedera sedang menerima rawatan di kemudahan kesihatan berhampiran.

Walaupun negara di Afrika Timur itu mempunyai kadar pemilikan kereta per kapita antara yang terendah di dunia, kemalangan jalan raya yang meragut nyawa sering berlaku. Punca utama sering dikaitkan dengan keadaan jalan yang teruk, pemanduan secara semborono, penguatkuasaan peraturan keselamatan yang lemah, serta sistem pengeluaran lesen memandu yang tidak cekap. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!