Kebakaran kilang: Seorang pekerja maut, dua lagi cedera

Sebuah kilang di kawasan perindustrian Sungai Puloh di sini terbakar dalam kejadian pada Selasa.
Sebuah kilang di kawasan perindustrian Sungai Puloh di sini terbakar dalam kejadian pada Selasa.
A
A
A

KLANG - Seorang pekerja meninggal dunia manakala dua lagi cedera dalam kebakaran melibatkan sebuah kilang di kawasan perindustrian Sungai Puloh di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, siasatan awal berdasarkan keterangan pengurus kilang terbabit mendapati terdapat enam individu dalam premis terbabit ketika kebakaran berlaku.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berpunca akibat tong gas LPG yang disimpan di pekarangan kilang berkenaan.

"Semakan mendapat tiga daripada enam pekerja terbabit selamat manakala tiga lagi mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dan Hospital Shah Alam.

"Salah seorang mangsa yang cedera disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6.32 petang pada Selasa di HTAR, Klang akibat melecur pada tahap dua dan tiga," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Katanya, kerugian akibat kejadian dianggarkan berjumlah kira-kira RM5 juta.

"Kejadian turut mengakibatkan kerosakan pada struktur bangunan kilang serta kilang berdekatan.

"Siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia," katanya.

Artikel Berkaitan:

Media sebelum ini melaporkan sebuah kilang di kawasan perindustrian Sungai Puloh terbakar pada Selasa.

Kejadian mengakibatkan kerosakan pada kilang berkenaan dan kilang berhampiran.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!