Kabinet bincang larangan kemasukan pelancong China

Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Kabinet yang berlangsung semalam membincangkan beberapa perkara termasuk cadangan berkaitan larangan sementara kepada pelancong China untuk memasuki Malaysia ekoran penularan wabak koronavirus (Covid-19) di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, bagaimanapun keputusan berhubung perkara itu akan diputuskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekiranya perlu.

"Kita sentiasa membuat pertimbangan dan penilaian berpandukan maklumat dan fakta.

"Beliau (Wan Azizah) akan umumkan sekiranya terdapat keperluan untuk melaksanakan cadangan tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dr Dzulkefly berkata, mesyuarat Kabinet semalam turut membincangkan semua kemungkinan termasuk melarang rakyat China memasuki Malaysia sekurang-kurangnya sebulan.

Sebelum ini, terdapat beberapa negara antaranya termasuk Australia, Filipina dan Singapura dilaporkan membuat sekatan masuk ke atas pelancong China bagi mengelak penyebaran wabak Covid-19 ke dalam negara selain melindungi rakyat mereka.

Australia umpamanya dilaporkan melanjutkan sekatan kemasukan ke atas pelancong China ke negara itu sehingga 29 Februari ini.

Artikel Berkaitan: