Perhilitan selamatkan burung hereng di jejambat i-City

Burung hereng biasanya hidup di kawasan pergunungan tinggi di negara-negara seperti Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Afghanistan, Nepal, Mongolia dan Barat China. Foto Perhilitan Selangor
Burung hereng biasanya hidup di kawasan pergunungan tinggi di negara-negara seperti Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Afghanistan, Nepal, Mongolia dan Barat China. Foto Perhilitan Selangor
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor menyelamatkan seekor burung hereng di jejambat berdekatan dengan pusat beli belah i-City di sini, pada Khamis.

Pengarah Perhilitan Selangor, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh berkata, pihaknya menggerakkan pasukan menyelamatkan burung yang disenaraikan sebagai Near Threatened (NT) dalam Senarai Merah International Union for Conservation of Nature (IUCN) selepas menerima laporan orang awam kira-kira 11 pagi.

Beliau berkata, binatang berkenaan yang biasanya hidup di kawasan pergunungan tinggi di negara-negara seperti Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Afghanistan, Nepal, Mongolia dan Barat China dipercayai tersasar daripada laluan penerbangannya.

"Insiden seperti ini pernah direkodkan sebelum ini melibatkan spesies yang sama di Malaysia dan ketika burung ini ditemukan, ia berada dalam keadaan lemah dan akan dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar (NWRC) untuk pemeriksaan dan rawatan kesihatan selanjutnya," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Wan Mohd Adib turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak mengambil tindakan sendiri jika terjumpa dengan hidupan liar.

Terdahulu, gambar burung pemangsa itu tular di media sosial, menunjukkan ia ditemukan di jejambat berhampiran sebuah pusat beli-belah di Shah Alam pada Khamis. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!