Krisis telur landa AS

Notis kepada pelanggan pasar raya tentang kekurangan bekalan telur di Florida pada Khamis. - Foto Agensi
Notis kepada pelanggan pasar raya tentang kekurangan bekalan telur di Florida pada Khamis. - Foto Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) berdepan krisis telur susulan wabak selesema burung H5 yang melanda negara itu pada tahun lalu.

"Bekalan telur hampir kehabisan. Banyak tempat sukar peroleh telur.

"Jadi, Presiden Donald Trump, sebelum anda selesaikan isu dron misteri di New Jersey, komuniti di sini lebih memerlukan bekalan telur," lapor hos Fox News, Jesse Watters.

Penularan avian influenza yang semakin membimbangkan telah menjejaskan hampir 13 juta burung sejak 30 hari lalu selain mengakibatkan lonjakan harga yang bakal memberi cabaran kepada pentadbiran Trump.

Harga telur melonjak sehingga 28 peratus tahun ke tahun pada awal Januari dengan harga 12 biji telur beberapa jenama utama mencecah AS$6.30 (RM27) terutamanya ketika musim perayaan.

Di California, harganya mencapai AS$8.85 (RM39) disebabkan oleh peraturan dan permintaan bermusim.

Harga melampau tinggi juga memberi kesan kepada tingkah laku pengguna apabila jualan menurun kepada 15 peratus berbanding Januari 2024.

Platform seperti Reddit juga menyaksikan pengguna berkongsi tip untuk mencari pengganti telur dalam resipi.

Pada November dan Disember 2024, kira-kira 17.2 juta ayam penelur dimusnahkan akibat virus selesema burung.

Artikel Berkaitan:

Langkah itu dibuat sebagai usaha mengekang penularan wabak tersebut seperti ditetapkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC). - Agensi

@sinarharianonline Amerika Syarikat (AS) berdepan krisis telur susulan wabak selesema burung H5 yang melanda negara itu pada tahun lalu. Penularan avian influenza yang semakin membimbangkan telah menjejaskan hampir 13 juta burung sejak 30 hari lalu selain mengakibatkan lonjakan harga yang bakal memberi cabaran kepada pentadbiran Trump #SinarHarian#SinarTerkini#AvianInfluenza#VirusH5#KrisisTelur Dramatic - Big Dreams

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!