Serangan Israel di Tebing Barat berterusan ketika gencatan senjata Gaza

Pasukan Israel dalam kenderaan berperisai melintasi penduduk Palestin semasa serbuan tentera di Jenin. Foto AFP
Pasukan Israel dalam kenderaan berperisai melintasi penduduk Palestin semasa serbuan tentera di Jenin. Foto AFP
A
A
A

TEBING BARAT - Tentera Israel membunuh dua lagi rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki ketika mereka meneruskan serangan ketenteraan menjadikan Kem Pelarian Jenin 'hampir tidak dapat didiami'.

Sebelum ini tindakan pasukan keselamatan Israel melancarkan serangan berskala besar di bandar Jenin, Tebing Barat, telah mengorbankan 10 nyawa rakyat Palestin.

Operasi di Jenin berlaku hanya dua hari selepas bermulanya gencatan senjata di Gaza.

Seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, agensi bantuan di Gaza meningkatkan pengagihan makanan, menyimpan semula dan memulihkan hospital serta membaiki rangkaian air kerana gencatan senjata Israel-Hamas terus berlaku.

Usaha bantuan itu dibuat ketika kumpulan bantuan memberi amaran larangan Israel terhadap agensi PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) boleh menjejaskan usaha pemulihan di Gaza.

Perang Israel ke atas Gaza telah membunuh sekurang-kurangnya 47,283 rakyat Palestin dan mencederakan 111,472 sejak 7 Oktober 2023. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!