Ditembak polis kerana pertahankan tanah sendiri

Marwan ketika memberi kenyataan kepada pemberita pada Isnin di Jakarta. Foto Tempo
Marwan ketika memberi kenyataan kepada pemberita pada Isnin di Jakarta. Foto Tempo
A
A
A

JAKARTA - Peguam yang mewakili seorang penduduk Ketapang, Kalimantan Barat, pada Isnin lalu telah membuat laporan di Badan Siasatan Jenayah, Markas Besar Polis Negara (Bareskrim Polri) di sini, bagi meminta agensi itu segera campur tangan bagi menyelesaikan kes melibatkan anak guamnya yang didakwa ditembak oleh seorang anggota polis.

Peguam berkenaan, Marwan Iswandi yang mewakili Agustino berkata, anak guamnya meninggal dunia selepas ditembak oleh seorang anggota polis menggunakan sebuah senapang laras panjang pada 7 April 2023 lalu, dipercayai akibat perselisihan berkaitan tanah.

“Orang yang menembak itu ialah anggota polis, jadi saya menuntut agar Ketua Polis Negara dapat menyelesaikan kes ini,” kata Marwan semasa ditemui pemberita di Bangunan Bareskrim Polri, Jakarta, pada Isnin lalu.

Marwan mengakui menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan kes ini kerana polis Kalimantan Barat didakwa cuba menutup kes ini kerana mangsa dipercayai turut mempunyai konflik dengan seorang ahli perniagaan lombong yang dikenali sebagai AK.

Polis yang menembak Agustino dipercayai bertindak atas arahan AK.

“Pengusaha AK ini mahu membuat binaan di tanah anak guam saya (Agustino), tetapi ditentang oleh dia,” kata Marwan.

Penolakan Agustino demi mempertahankan haknya akhirnya membawa kepada kematiannya. Malah kejadian tembakan itu turut disaksikan oleh isteri dan anaknya.

“Kejadian tembakan berlaku pada 7 April 2023, di hadapan rumah, dengan kehadiran kira-kira 10 orang semasa kejadian,” kata P,37, isteri Agustino yang turut hadir bersama Marwan ke Bareskrim Polri.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kalimantan Barat, Inspektor Jeneral Pipit Rismanto, menjelaskan bahawa dokumen kes tersebut telah lengkap.

"Bagaimanapun biarlah mahkamah yang tentukan," kata Rismanto kepada Tempo melalui mesej pesanan ringkas (SMS) pada Isnin. -Agensi

@sinarharianonline Peguam yang mewakili seorang penduduk Ketapang, Kalimantan Barat, pada Isnin lalu telah membuat laporan di Badan Siasatan Jenayah, Markas Besar Polis Negara (Bareskrim Polri) bagi meminta agensi itu segera campur tangan bagi menyelesaikan kes melibatkan anak guamnya yang didakwa ditembak oleh seorang anggota polis. Peguam berkenaan, Marwan Iswandi yang mewakili Agustino berkata, anak guamnya meninggal dunia selepas ditembak oleh seorang anggota polis menggunakan sebuah senapang laras panjang pada 7 April 2023 lalu, dipercayai akibat perselisihan berkaitan tanah. Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #SinarHarian#SinarTerkini#BeritaGlobal#Jakarta#TuntutBela Epic Music(804797) - Draganov89

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!