Himpunan antirasuah: Puad bela Mat Sabu, bidas Hanipa

SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi membidas bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hanipa Maidin kerana mendesak Presiden Amanah, Mohamad Sabu meletakkan jawatan sebagai menteri jika kerajaan menghalang himpunan antirasuah, Sabtu ini.
Beliau berkata, desakan supaya meletakkan jawatan oleh bekas Ahli Parlimen Sepang daripada parti Amanah tersebut adalah taktik lama.
"Saya yakin Hanipa tidak akan letak jawatan jika perhimpunan antirasuah diteruskan masa dia jadi timbalan menteri yang jaga undang-undang dulu.
"Maka desakan dia supaya Mad Sabu letak jawatan menteri tidak relevan. Itu cara politik lama bila kamu sudah tidak lagi berjawatan.
"Patut Hanipa cabar pihak penganjur buatlah demo di Padang Merbuk, (Kuala Lumpur). Tiada siapa yang melarang.
"Kenapa mesti buat di hadapan Sogo dan Dataran Merdeka? Kamu kenalah minta kebenaran Sogo dan DBKL. Itu isu dasar yang kamu bekas timbalan menteri undang-undang amat maklum," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!