Tarikan terbaharu Pulau Andaman


A
A
A
Ia merupakan projek perbandaran bersepadu terbesar di Malaysia oleh pemaju hartanah tunggal, Eastern & Oriental Bhd (E&O).
Ketika ini, sebanyak 102 hektar kawasan telah dibangunkan bagi fasa satu yang melibatkan pembinaan apartment The Meg, rumah teres dan pembangunan komersial serta kawasan hijau dengan lebih 200,000 tumbuhan.
Laluan khusus untuk pejalan kaki dan berbasikal bagi menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif turut dibina selain persiaran pinggir laut yang luas.
Pulau buatan tersebut bakal menjadi tarikan terbaharu di Pulau Mutiara ini yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk bangunan komersial, tempat riadah dan hotel.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
