Rasuah: Pegawai penguat kuasa ditahan SPRM Kelantan

Seorang pegawai penguat kuasa ditahan oleh SPRM Kelantan pada Khamis kerana disyaki meminta rasuah sebanyak RM2,500. Gambar hiasan
Seorang pegawai penguat kuasa ditahan oleh SPRM Kelantan pada Khamis kerana disyaki meminta rasuah sebanyak RM2,500. Gambar hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang pegawai penguat kuasa ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan hari ini kerana disyaki meminta rasuah sebanyak RM2,500.

Menurut sumber, suspek meminta wang itu daripada seorang lelaki yang ditahan atas kesalahan di bawah Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya 1952, baru-baru ini.

Pegawai itu ditahan di pejabatnya di sekitar Kota Bharu pada jam 10.30 pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Beliau memaklumkan bahawa suspek akan dibawa ke Mahkamah Gua Musang untuk proses reman pagi esok. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!