Sultan Ibrahim rai ulang tahun pemasyhuran Sultan Johor bersama rakyat
Sultan Ibrahim (duduk, dua dari kiri) berkenan berangkat santap pagi di Restoran Hua Mui, Johor Bahru pada Khamis.- Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
A
A
A
JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat santap pagi di Restoran Hua Mui di sini pada Khamis.
Keberangkatan Sultan Ibrahim bersama rombongan Istana bersempena ulang tahun pemasyhuran Seri Paduka Baginda sebagai Sultan Johor pada 2010 itu dikongsi menerusi satu hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Suasana di Jalan Trus, Bandaraya Johor Bahru bertukar meriah dengan keterujaan orang ramai menyaksikan keberangkatan Sultan Ibrahim.- Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
"Suasana di Jalan Trus, Bandaraya Johor Bahru bertukar meriah dengan keterujaan orang ramai menyaksikan keberangkatan Sultan Ibrahim yang menikmati hidangan 'Chicken Chop' yang merupakan antara menu popular di restoran itu.
Sultan Ibrahim (kanan) berkenan meluangkan masa bergambar bersama rakyat. - Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Seri Paduka Baginda turut meluangkan masa beramah mesra dengan rakyat jelata.
Sultan Ibrahim (dua dari kiri) menyantuni rakyat di Restoran Hua Mui, Johor Bahru pada Khamis.- Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

