PPS Saratok masih beroperasi tempatkan 91 mangsa banjir

setakat jam 8 pagi tadi, 21 keluarga dari Rumah Tembawai Kapok yang terjejas akibat banjir sejak Ahad masih berlindung di PPS Saratok. Gambar fail Bernama
setakat jam 8 pagi tadi, 21 keluarga dari Rumah Tembawai Kapok yang terjejas akibat banjir sejak Ahad masih berlindung di PPS Saratok. Gambar fail Bernama
A
A
A

KUCHING - Keadaan banjir di daerah Saratok, yang kini memasuki hari kelima menyaksikan satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Rumah Dayak masih beroperasi dan menempatkan seramai 91 mangsa banjir.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan setakat jam 8 pagi tadi, 21 keluarga dari Rumah Tembawai Kapok yang terjejas akibat banjir sejak Ahad masih berlindung di PPS berkenaan.

JPBN Sarawak turut memaklumkan sebanyak 11 lokasi di seluruh negeri yang berisiko mengalami banjir turut dipantau dari masa ke masa oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Setakat ini, paras air di bahagian Kuching menunjukkan penurunan manakala paras air di daerah Kanowit, Sibu, Matu, Sebauh dan Limbang menunjukkan peningkatan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!