Wanita ditemui selamat selepas 11 hari hilang

Laporan Sinar Harian mengenai kehilangan seorang wanita selepas keluar rumah.
Laporan Sinar Harian mengenai kehilangan seorang wanita selepas keluar rumah.
A
A
A

LUMUT - [DIKEMAS KINI] Seorang wanita dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Taman Bintang, Sitiawan di sini sejak 10 Januari lalu, berjaya ditemui di Kajang, Selangor.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abdul Rahman berkata, wanita berusia 48 tahun itu telah kembali ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat pada Selasa.

"Polis Balai Kampung Koh telah menerima laporan berkaitan orang hilang pada 13 Januari lalu dan hebahan melalui Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung dan pihak media telah dibuat.

"Orang hilang kemudian dijumpai semula di Kajang dan telah kembali ke pangkuan keluarga. Polis mengucapkan terima kasih kepada semua masyarakat yang membantu," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Sinar Harian melaporkan Ling Siew Siew, 48, yang mempunyai masalah gangguan mental kali terakhir dilihat keluar dari rumah memandu sebuah kereta jenis Perodua Axia berwarna biru dengan nombor pendaftaran AMV 5568.

Difahamkan, kenderaan dipandu Siew Siew yang mempunyai ketinggian 155 sentimeter dan mempunyai berat 60 kilogram iti dikesan Lebuhraya Persisir Pantai Barat (WCE) berhampiran Taiping namun, tidak dapat dipastikan sama ada kenderaan tersebut menuju arah selatan atau utara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!