Tan Sri Mohd Sheriff ditemui semula selepas sejam dilapor hilang

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim ditemukan selamat di kawasan pusat beli-belah di ibu kota selepas dilaporkan hilang pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, laporan kehilangan individu terbabit sebelum itu dibuat oleh ahli keluarganya.
"Individu ini sebelum itu dilaporkan hilang pada jam 8.40 malam bagaimanapun beliau kemudiannya ditemui semula pada jam 9.30 malam.
"Beliau ditemui di sekitar kawasan pusat beli belah di sekitar Kuala Lumpur oleh rakannya dan dipercayai terlupa jalan pulang," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Terdahulu, tular satu hantaran di media sosial yang dimuat naik oleh seorang individu memaklumkan mengenai kehilangan Mohd Sheriff.
Hantaran berkenaan memaklumkan bahawa Mohd Sheriff dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari kediamannya.
Bagaimanapun, tinjauan Sinar Harian mendapati hantaran terbabit kemudiannya dipadamkan selepas Mohd Sheriff difahamkan telah berjaya ditemui semula.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!