Hannah beri jaminan CEO ISN baharu teruskan kesinambungan

Hannah Yeoh. Foto Rosli Talib
Hannah Yeoh. Foto Rosli Talib
A
A
A

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menegaskan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara (ISN) baharu akan memberi tumpuan kepada kesinambungan perkhidmatan sebelum ini.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, ini penting bagi memastikan perkhidmatan agensi di bawah kementerian tersebut tidak terjejas terutama persiapan atlet untuk kejohanan berstatus temasya.

“ISN merupakan agensi yang banyak telah memberikan perkhidmatan kepada atlet dan kita akan pastikan proses pelantikan CEO baharu ini berjalan lancar.

“Kita juga mahu CEO baharu dapat teruskan agenda pembangunan sukan negara serta memberikan impak yang signifikan kepada prestasi atlet di peringkat antarabangsa," katanya selepas Majlis Penyerahan Kenderaan kepada pemenang pingat Sukan Paralimpik Paris 2024.

KBS mengiklankan jawatan nombor satu di ISN tersebut selepas CEO, Ahmad Faedzal Md Ramli yang mengetuai agensi itu sejak 25 Februari 2019 tidak melanjutkan perkhidmatannya kerana tertakluk kepada JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) selepas 24 Februari ini.

Menurut Hannah, sesi temuduga akan dikendalikan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Dr K Nagulendran bagi memastikan proses memenuhi kriteria.

“Kami telah buka iklan untuk jawatan ini dan menerima banyak permohonan lebih 19 permohonan.

"Saya tidak mempunyai kemas kini terbaru, tetapi kami berusaha menilai semua calon secara adil.

“Saya juga mengadakan sesi 'town hall' bersama pengurusan tertinggi ISN untuk mendapatkan pandangan mereka,” kata Hannah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!